Keluaran dan sambutan Siti_Nurhaliza_(album_1996)

Album ini dikeluarkan dalam bentuk fizikal (CD, kaset) pada 1 April 1996,[5] sempena ulang tahun pertama kemenangan Siti di Bintang HMI dan tersenarai di kedudukan kelapan di Carta RIM, album ini mendapat maklum balas positif daripada pengkritik muzik. Pada masa yang sama, muzik video lagu “Jerat Percintaan” dan “Jawapan di Persimpangan” dikeluarkan.

Siti Nurhaliza telah terjual sebanyak 50, 000.[9] unit dan telah diulang cetak berbanyak kali kerana mendapat sambutan yang menggalakan daripada peminat, biarpun semasa Siti Nurhaliza menduduki peperiksaan SPM. Pada lewat 1996, Suria Records mengeluarkan versi alternatif album ini dengan kulit depan album berbeza. Album ini dikeluarkan dalam bentuk digital (muat turun digital) pada Januari 2013.[1] Setakat sehingga 2005, Siti Nurhaliza telah terjual sebanyak 800, 000 unit di Malaysia sahaja.[1] Pada tahun 2017, album ini dicetak dalam bentuk piring hitam (LP).

Bagi mempromosikan album ini, lagu "Jerat Percintaan", "Jawapan Di Persimpangan" dan "Cari-Cari" telah dikeluarkan sebagai single. Lagu "Antara Waktu dan Usia" telah dipersembahkan oleh Siti semasa beliau menjayakan rancangan televisyen muzikal sempena Hari Raya Aidilfitri, Temasya Aidilfitri di Radio Televisyen Malaysia (RTM).[13]

Selepas album pertamanya, Siti Nurhaliza merakamkan lima lagi album bersama Adnan: Siti Nurhaliza II (1997), Adiwarna (1998), Pancawarna (1999), Safa (2001) dan Lentera Timur (2008).

Rujukan

WikiPedia: Siti_Nurhaliza_(album_1996) http://books.google.com/books?id=aA4EAAAAMBAJ&pg=P... http://www.simplysiti.com/1997/01/01/juara-lagu-un... http://sitizone.com/sz/index.php?option=com_conten... http://sitinurhalizamusic.weebly.com/siti-nurhaliz... http://sitisentral.weebly.com/siti-nurhaliza-i.htm... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/200... http://www.nib.com.my/archives/text/view/1075960?p... http://www.nib.com.my/archives/text/view/29025123?... http://www.nib.com.my/archives/text/view/4544008?p... http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt...